Sebagaimana yang telah dijanjikan, Apple One Premier kini telah mula ditawarkan kepada pengguna-pengguna di Malaysia.
Pelan langganan baharu ini juga turut menyediakan akses ke perkhidmatan berasaskan kecergasan dalam talian Fitness+. Ia boleh digunakan secara bersama-sama dengan iPhone dan Apple Watch anda.
Dalam pada masa yang sama, pelan ini juga memberikan anda akses storan iCloud+ sebanyak 2TB. Selain turut menyediakan akses ke perkhidmatan Apple One lain seperti Music, tv+ dan Arcade.
Perkhidmatan ini secara keseluruhannya berharga RM69.90 sebulan melalui pelan Premier. Anda boleh melanggan perkhidmatan ini menerusi laman Apple One Malaysia.













