Utama Mobile Aplikasi Apple menaikkan harga langganan Apple Music, Apple TV+ dan Apple One

Apple menaikkan harga langganan Apple Music, Apple TV+ dan Apple One

565
0
Apple-One-Aplikasi Langganan

Apple pada hari ini telah mengumumkan kenaikan harga perkhidmatan langganannya yang merangkumi Apple Music, Apple TV+, dan juga Apple One. Untuk makluman anda, Apple One merupakan perkhidmatan langganan berkelompok yang menawarkan sejumlah perkhidmatan dari Apple termasuk Apple Music dan Apple TV+.

Oleh yang demikian, harga langganan bagi Apple Music kini meningkat kepada RM16.90 sebulan, berbanding sebelum ini yang berharga RM14.90 sebulan.

Manakala bagi harga langganan Apple TV+ pula naik sebanyak RM10, menjadikan harga terkininya RM29.90. Sebelum ini harga langganannya hanya RM19.90 sebulan.

Seterusnya, Apple One yang tidak terkecuali dalam kenaikan harga ini turut mengemaskini harga baharunya untuk ketiga-tiga pelan langganannya. Harga langganan bagi pelan Individu kini berharga RM29.90 sebulan, pelan Family RM39.90 sebulan dan pelan paling mahal, Premier RM78.90 sebulan.

Harga Apple Music, Apple TV+ dan Apple One terkini 2022 di Malaysia

Berikut adalah ringkasan harga terkini perkhimdatan langganan Apple Music, Apple TV dan Apple One di Malaysia:

Apple MusicApple Music Malaysia

  • Pelan Pelajar (Student Plan) – RM8.90/bulan
  • Pelan Individu – RM16.90/bulan, naik RM2
  • Pelan Family – RM25.90/bulan, naik RM3

Apple TV+Apple TV Malaysia

  • Pelan bulanan – RM29.90/bulan, naik RM10

Apple OneApple One Harga Malaysia 2022

  • Pelan Individual – RM29.90/bulan, naik RM10
  • Pelan Family – RM39.90/bulan, naik RM6
  • Pelan Premium – RM78.90/bulan, naik RM9

Apple menyatakan kenaikan harga ini berpunca daripada kenaikan kos perlesenan. Untuk Apple Music, kenaikan kos ini akan memberikan manfaat buat penggiat seni muzik meningkatkan pendapatan mereka. Manakala untuk Apple TV+ pula kenaikan ini adalah disebabkan oleh pertambahan bilangan kandungan yang disediakan di dalam platform tersebut.

Kenaikan harga ini bukanlah disebabkan penurunan nilai mata wang Ringgit Malaysia berbanding Dollar A.S. semata-mata. Negara-negara lain yang menawarkan perkhidmatan langganan dari Apple ini turut memperlihatkan kenaikan yang sama termasuk di pasaran Amerika Syarikat sendiri.

Pelanggan-pelanggan Apple Music, Apple TV+ dan Apple One akan menerima notifikasi kenaikan harga ini 30 hari sebelum pelaksanaannya. Pelanggan-pelanggan yang tidak berkemampuan untuk meneruskan langganan pada harga baharu ini boleh menamatkan langganan sebelum ia dikuatkuasakan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.