Utama Komputer Apple Apple dijangka akan Memperkenalkan Mac Pro, MacBook Pro & Mac Mini baharu...

Apple dijangka akan Memperkenalkan Mac Pro, MacBook Pro & Mac Mini baharu dalam beberapa bulan lagi

283
0
Apple M2 Pro 2022

Apple sedang merancang untuk memperkenalkan beberapa Mac baharu dalam tempoh terdekat ini termasuk MacBook Pro, Mac mini, dan Mac Pro, menurut pendapat dari penulis pojok Power On di Bloomberg, Mark Gurman.

Beliau menyatakan Apple sedang dalam usaha menghasilkan Mac Pro dengan cip buatan Apple sendiri dengan pengujian sedang giat dijalankan. Pilihan desktop Mac berkonfigurasi tertinggi dikatakan akan menampilkan cip yang sekurang-kurangnya dua atau empat kali ganda lebih berkuasa berbanding M2 Max. Ia dikatakan akan dikenali sebagai “M2 Ultra” dan “M2 Extreme”.

Gurman menjangkakan Mac Pro akan ditawarkan dengan pilihan CPU 24 teras 48 teras dengan teras grafik 76 teras dan 152 teras, bersama-sama memori sehingga 256GB.

Mac Pro baharu dengan Pemprosesan Apple M2

Turut dilaporkan terdapat satu konfigurasi Mac Pro yang kini sedang menjalani pengujian di Apple. Mac Pro berkenaan dikatakan mempunyai 24 teras (mengandungi 16 teras berprestasi tinggi dan 8 teras berkecekapan tingg), 76 teras grafik, dan memori 192GB. Sistem operasinya pula dikatakan menggunakan macOS Ventura 13.3.

Bagi MacBook Pro model 14-inci dan 16-inci pula ia dikatakan boleh didapati di dalam pilihan konfigurasi M2 Pro dan M2 Max. Untuk pilihan konfigurasi M2 Max, ia dikatakan akan memiliki CPU 12 teras (lapan teras berprestasi tinggi dan empat teras berkecekapan tinggi), dan GPU 38 teras. Ia juga akan terus hadir dengan memori sehingga 64GB dengan kesemua pilihan konfigurasi tersebut adalah sama pada saiz skrin 14-inci dan juga 16-inci.

MacBook Pro 2021 A
MacBook Pro 2021 – Gambar hiasan

Mac Mini generasi berikutnya juga dikatakan akan menampilkan cip Apple M2 yang sama seperti yang terdapat pada MacBook Air dan MacBook Pro 13-inci. Apple telah menguji M2 Pro di dalam Mac Mini baharu dengan bilangan teras yang kini bertambah. Walaubagaimanapun, Mark Gurman tidak memberikan perincian lanjut sama ada Apple akan memperkenalkan model ini.

Beliau turut menyatakan model-model MacBook Pro dan Mac Mini generasi yang akan datang ni akan dilancarkan dalam tempoh beberapa bulan yang akan datang. Manakala Mac Pro baharu pula dijangka akan dilancarkan seawal tahun 2023 nanti.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.