Utama Apple Apple iPhone 14 dijangka dilancarkan seawal 6 September ini

Apple iPhone 14 dijangka dilancarkan seawal 6 September ini

612
0
iPhone 14 release date 2022

Tarikh pelancaran Apple iPhone 14 mula diperkatakan sejak Jun lalu dengan ura-ura pada awalnya mengatakan akan dilancarkan pada 13 September ini. Bagaimanapun, sumber terkini mengatakan tarikh pelancarannya mungkin diawalkan pada 6 September, sehari selepas Hari Buruh Amerika Syarikat yang biasanya jatuh pada 5 September.

Pentiris maklumat popular iHacktu sebelum ini menyatakan Apple akan melancarkan iPhone 14, iPhone 14 Max, iPhone 14 Pro, dan iPhone 14 Pro Max pada 13 September, dengan tarikh jualannya bermula pada 16 September.

Bagaiamanapun, Max Weinbach menyatakan acara pelancaran tersebut mungkin akan berlangsung pada 6 September 2022. Pun begitu, beliau menyatakan kemungkinan maklumat yang beliau terima ini tidak tepat dan mungkin juga pra-tempahannya akan bermula pada 16 September. Jualannya pula berkemungkinan akan bermula pada 23 Sepetember.

Sama ada 6 September atau 13 September ini, media Economic Daily melaporkan Apple telah memesan pengeluaran sebanyak 95 juta unit, menandakan iPhone keluaran berikutnya ini sudah sedia untuk menemui pengguna.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.