Apple telah menerbitkan kemaskini iOS 14.6 dan iPadOS 14.6 yang turut memperkenalkan ciri baharu iaitu langganan audio siar (podcast) berbayar dan Apple Card Family.

Kemaskni iOS dan iPadOS terbaru ini menumpukan perubahan pada media terutamanya untuk Apple Podcast dan Apple Music. Dalam pada masa yang sama, Apple telah pun memulakan pembangunan iOS 14.7 beta walaupun tarikh berlangsungnya WWDC kian hampir kerana masih terdapat beberapa perubahan yang perlu dilakukan.

Pengguna boleh mendapatkan kemaskini ini secara automatik, namun boleh juga memilih untuk memasangnya secara manual. Untuk melakukannya, anda boleh membuka Settings, pergi ke General diikuti dengan Software Update untuk membuat semakan ketersediaan kemaskini.

Langganan podcast berbayar

Anda kini boleh melanggan secara terus di dalam Apple Podcasts dan membuat pembayaran secara terus melalui sistem pembayaran Apple App Store. Pembaharuan langganan boleh dilakukan secara automatik dan perkhidmatan ini memberikan pendengar akses ke seluruh episod dan kandungan eksklusif Apple Podcasts.

Apple juga kini boleh menjadi penganjur kandungan melalui sistem audio siar (podcast) premium dengan mengenakan 30% dari bayaran langganan untuk tahun pertama. Untuk tahun berikutnya, para penyiar audio (podcaster) hanya perlu membayar komisen sebanyak 15%.

Penyiar audio juga boleh mengenakan bayaran serendah $0.49 sebulan untuk kandungan premium. Pendengar juga boleh mendapatkan akses percubaan percuma, sampel episod dan lain-lain sebagai sebahagian dari usaha mempromosi siaran premium.

Apple Card Family

Appel Card kini boleh dikongsikan dengan enam orang ahli keluarga menerusi Apple Family. Kini, anda dan ahli keluarga anda yang berusia 18 tahun dan ke atas boleh bersama-sama memiliki Apple Card dan berkongsinya.

Pemilik bersama juga akan berkongsi tanggungjawab terhadap kad tersebut termasuk ketika melunaskan pembayarannya. Bagaimanapun, untuk ahli keluarga lain yang dinamakan sebagaiĀ participants boleh mengakses dan membelanjakan kad tersebut sehingga hadnya, tetapi tidak dipertanggungjawabkan untuk melunaskan bayaran.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.