Niat Apple untuk melancarkan iPhone dengan tetapan tri-kamera kini bukanlah satu perkara yang baru. Terbaru, beberapa laporan berkenaan syarikat berpangkalan di Cupertino tersebut sedang dalam peringkat pengujian beberapa iPhone yang dilengkapi dengan tri-kamera dan port USB-C.

Turut dinyatakan bahawa pihak Apple bakal melancarkan beberapa versi iPhone bakal dilengkapi dengan ciri-ciri berkenaan. Sebagaimana yang diketahui, Apple bukanlah pengeluar pertama yang menghasilkan peranti dengan tetapan tri-kamera. Huawei terlebih dahulu sudah pun melancarkannya melalui P20 Pro dan siri Mate 20, manakala Samsung pula melalui Galaxy A7 yang dilancarkan pada tahun lalu.

Menurut Bloomberg, kamera ketiga pada tetapan kamera utama iPhone berkenaan mampu menangkap lebih banyak piksel, dan seterusnya membolehkan iPhone membaiki secara automatik sesebuah foto atau video yang diambil.

Keputusan Apple untuk bertukar dari port Lightning ke USB-C sememangnya sudah dijangkakan. Lagipun, langkah peralihan tersebut sudah pun dimulakan dengan pelancaran iPad Pro versi terbaru yang dibuat pada Oktober tahun lepas.

Apple pada kebiasaannya akan melancarkan iPhone versi terbaru sekitar suku tahun kedua setiap tahun.

Sumber berita diperoleh dari Bloomberg

Tinggalkan komentar