Utama Apple Apple sahkan bekalan iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max terjejas disebabkan...

Apple sahkan bekalan iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max terjejas disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan

726
0
iphone-14-pro-promax-front

Apple telah mengeluarkan kenyataan rasmi baru-baru ini berhubung Perintah Kawalan Pergerakan bagi mengekang penularan wabak pandemik di bandar Zhengzhou, China yang turut melibatkan kilang pengeluaran utama Foxconn bagi iPhone 14 Pro.

Kenyataan tersebut turut mengesahkan kilang pengeluaran berkenaan buat masa ini beroperasi pada kapasiti terhad. Keadaan ini akan menyebabkan hasil pengeluranan yang rendah serta waktu tempahan yang lebih lama untuk pembeli-pembeli iPhone.

Hanya dua boleh model iPhone 14 yang dinyatakan iaitu Pro dan Pro Max sahaja yang dimaklumkan terkesan dari Perintah Kawalan Pergerakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan China. Pengeluaran bagi iPhone 14 dan iPhone 14 Max pula bagaimanapun tidak disebuat di dalam kenyataan berkenaan.

Ini merupakan kenyataan rasmi pertama yang dikeluarkan oleh Apple berkenaan pengeluaran iPhone sejak wabak pandemik COVID-19 pertama kali melanda dunia.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.