Aplikasi Setel untuk Apple Watch kini secara rasminya diperkenalkan untuk kegunaan umum. Secara amnya, aplikasi ini membolehkan pengguna iPhone mengakses ciri mengisi minyak di dalam Setel terus di dalam jam tangan pintar apabila berada di stesen Petronas.
Dikenali sebagai Apple Watch, aplikasi ini merupakan aplikasi beriringan (companion) dan bukannya aplikasi kendiri (standalone). Anda perlu mengemaskini aplikasi Setel di dalam iPhone anda kepada versi 1.95.1 untuk menggunakannya pada Apple Watch.
Jika anda tidak menemukannya pada Apple Watch anda, buka aplikasi Watch pada iPhone anda dan tatal ke bawah ke bahagian Available Apps di ruangan My Watch.
Seterusnya, anda akan mendapati Setel Watch sebagai salah satu aplikasi di dalam senarai dan tekan butang ‘Install’ untuk memasangkannya pada Apple Watch. Oleh kerana aplikasi ini jenis beriringan, ia tidak akan meminta sebarang maklumat log masuk dari pengguna selagi pengguna berkenaan sudah melog masuk ke dalam aplikasi Setel pada iPhone.