Utama Mobile Aplikasi Aplikasi eDompet untuk pemberian eTunai Rakyat dilapor melumpuhkan fungsi pemindahan nilai selepas...

Aplikasi eDompet untuk pemberian eTunai Rakyat dilapor melumpuhkan fungsi pemindahan nilai selepas tuntutan RM30 dibuat

1177
0

Bagi anda yang telah menuntut RM30 dari program eTunai Rakyat melalui aplikasi eDompet, fungsi pemindahan nilai pada aplikasi yang digunakan dilaporkan telah dilumpuhkan. Keadaan ini terjadi kerana ia merupakan salah satu syarat yang mana eTunai Rakyat telah menetapkan nilai kredit yang diterima tidak boleh dipindah milik.

Sebagaimana yang telah dilaporkan, nilai kredit RM30 ini perlu digunakan melalui akaun eDompet yang sama. Program ini diperkenalkan bertujuan menggalakkan penggunaan pembayaran nirtunai dikalangan pengguna dan peniaga-peniaga kecil.

Bagaimanapun, keadaan ini agak aneh kerana pengguna tidak boleh memindahkan sebarang kredit di dalamnya walaupun di dalam akaun berkenaan sudah memiliki bakinya sendiri sebelum tuntutan eTunai Rakyat dibuat.

Menurut Grab, fungsi “Transfer and Request” akan dipulihkan semula selepas kredit RM30 berkenaan digunakan sepenuhnya. Untuk memulihkan kembali fungsi pemindahan berkenaan, pengguna perlu menghabiskan kesemuanya nilai RM30 tersebut.

Untuk aplikasi eDompet Boost pula, pengguna masih lagi boleh melihat butang “Transfer”, namun ianya akan memaparkan notis “berkunci” apabila pengguna cuba melakukan pindahan kredit. Sama seperti dengan aplikasi Grabpay, pengguna perlu menghabiskan keseluruhan nilai kredit eTunai Rakyat berkenaan untuk memulihkan kembali fungsi pindahan tersebut.

Cuma untuk aplikasi eDompet Touch n Go sahaja masih lagi belum dapat dipastikan sama ada fungsi pindahan berkenaan masih berfungsi atau tidak selepas tuntutan diterima. Hal ini disebabkan penulis sendiri pun masih lagi belum menerima nilai RM30 yang dituntut untuk program eTunai Rakyat berkenaan.

Sumber berita diperoleh dari SoyaCincau

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.