Utama Teknologi Aplikasi Astro GO kini hadir dengan Antaramuka dan Fungsi terbaru

Aplikasi Astro GO kini hadir dengan Antaramuka dan Fungsi terbaru

1208
0

Astro hari ini telah memperkenalkan antaramuka baru untuk aplikasi mudah alihnya, Astro GO. Bukan itu sahaja, penyedia rangkaian TV satelit ini juga telah memperkenalkan beberapa penambahbaikan ciri-ciri terbaru pada aplikasinya melalui kemaskini terbaru ini.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Astro, pengenalan antaramua dan ciri-ciri terbaru ini bertujuan meningkatkan mutu penyampaian di dalam Astro GO. Antara yang diperkenalkan termasuklah fungsi enjin carian yang menyediakan syor dan keputusan carian berdasarkan kata kunci berasaskan nama pelakon atau pengarah sesebuah program rancangan.

Selain itu, Astro turut memaklumkan fungsi navigasi aplikasi berkenaan ditambah baik melalui pengkategorian seperti ‘Catch Up’ untuk siri terbaru dan ‘Boxsets’ untuk tontonan terus-menerus bersama-sama kategori-kategori sedia ada seperti ‘Movies’, ‘Kids’, dan ‘Sports’. Pengguna juga boleh melihat kesemua kandungan yang layak berdasarkan akaun masing-masing menerusi skrin ‘Home’ Astro GO.

Ketersediaan kemaskini terbaru ini dilancarkan secara berperingkat bermula dari hari ini. Jadi, terdapat kemungkinan yang sebahagian pengguna masih lagi belum menerima kemaskini terkini aplikasi tersebut.

Sumber berita diperoleh dari Astro

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.