Utama Mobile Android Info tertiris dari Google Plus membayangkan Android O akan dikenali sebagai Oreo

Info tertiris dari Google Plus membayangkan Android O akan dikenali sebagai Oreo

747
0

Ada juga gunanya Google Plus ni bila sebuah fail yang dilampirkan bersama-sama sebuah post di dalam media sosial berkenaan yang mengumumkan kehadiran Android O. Melalui fail lampiran tersebut, dapat diketahui bahawa Android O bakal dikenali sebagai Android Oreo.

Penemuan ini telah dilaporkan melalui laman Android Police yang telah menemukan post berkenaan (yang telah pun dipadamkan) bersama-sama fail lampiran yang dinamakan “GoogleOreo_Teaser_0817_noDroids (1).mp4”. Justeru, menguatkan lagi kemungkinan Android versi seterusnya akan dikenali dengan nama biskut yang sedap dicicah dengan susu tersebut.

Sudah tentu, berita tersebut tidak boleh diambil serius memandangkan terdapat kemungkinan yang Google setakat ingin mengusik pengguna sahaja. Sebelum ini terdapat juga berita yang mengaitkan kemungkinan Android O akan dinamakan dengan nama Octopus dan Orangina. Apa pun, tak kira lah apa jua nama yang akan digunakan, Oreo, Octopus atau Orangina sekalipun, 21 Ogos nanti kita semua akan tahu apa nama sebenar versi terbaru Android berkenaan.

Sumber berita diperoleh dari Android Police

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.