Utama Teknologi Keselamatan Berang dengan insiden Bendera dicetak terbalik, Laman-laman web Malaysia diserang Penggodam Indonesia

Berang dengan insiden Bendera dicetak terbalik, Laman-laman web Malaysia diserang Penggodam Indonesia

905
0

Berikutan insiden kesilapan mencetak bendera Indonesia pada booklet upacara pembukaan Sukan SEA 2017 Kuala Lumpur baru-baru ini,  sekumpulan penggodam dari Indonesia telah mula menyerang 27 buah laman-laman web Malaysia. Booklet yang diedarkan untuk para tetamu VIP berkenaan telah mencetuskan kemarahan sebahagian warga Indonesia kerana berlaku kesilapan pada bendera Indonesia yang dicetak terbalik.

Sungguhpun permohonan maaf secara rasmi telah dikeluarkan oleh Kuala Lumpur dengan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengeluarkan permohonan maaf dengan segera melalui Twitter, tindakan sekumpulan penggodam ini tidak membantu dalam usaha menjernih keadaan keadaan.

Lanjutan dari serangan penggodam ini, Malaysia Computer Emergency Response Team (MyCert) turut menasihati para pentadbir-pentadbir sistem untuk mengambil langkah-langkah keselamatan pada sistem masing-masing.

Laman-laman yang menjadi mangsa godaman berkenaan telah ‘defaced’ dengan paparan imej yang menunjukkan booklet yang tersilap cetak bendera Indonesia berkenaan berserta kenyataan “Bendera Negaraku Bukanlah Mainan” dan lagu “Tanah Air Beta” diputarkan pada latar belakang.

Insiden kesilapan berkaitan bendera negara bukanlah pertama kali berlaku di dalam temasya Sukan SEA. Sebelum ini pada Sukan SEA XXVI di Palembang, Indonesia, pihak penganjur telah tersilap menaikkan bendera Jalur Gemilang yang kurang dari 14 jalur seperti yang sepatutnya. Isu berkenaan telah diselesaikan apabila kedua-dua pihak saling memaafkan.

Sumber berita diperoleh dari The Star

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.