Utama Mobile Android Android 15 dijangka mampu tambah baik hayat Bateri Telefon, Tablet

Android 15 dijangka mampu tambah baik hayat Bateri Telefon, Tablet

212
0

Awal minggu ini, Google mempertontonkan beberapa ciri baharu yang akan hadir pada Android 15 seperti Private Space. Private Space ialah ruang peribadi pada telefon Android di mana aplikasi sensitif boleh disembunyikan daripada pandangan orang lain. Ia juga mempunyai perlindungan kunci biometrik seperti pengimbas cap jari atau pengecaman wajah.

Satu lagi ciri menarik dan berguna ialah Theft Detection Lock, yang menggunakan AI untuk mengesan telefon pintar jika ia telah dicuri. Apabila telefon mengenalpasti siri peristiwa ini, ia akan secara automatik mengunci peranti bagi menghalang pencuri berkenaan mengaksesnya.

Menggunakan AI untuk melihat paten dengan kebenaran dan bagaimana sesbuah  aplikasi berinteraksi dengan aplikasi lain, Android 15 akan bekerjasama dengan Google Play Protect untuk memberi amaran kepada pengguna dan Google mengenai aplikasi yang mempunyai potensi bahaya. Jika Google mendapati bahawa aplikasi tersebut telah digunakan untuk membantu penyerang melakukan penipuan, ia akan dikeluarkan dari Play Store.

Mod Doze mampu jimatkan Bateri Peranti Android

Menerusi acara Google I/O baru-baru ini, Android 15 dikatakan mampu meningkatkan masa bersedia (standby time) bateri sehingga tiga jam lebih lama untuk sesetengah peranti.

Google mampu mencapainya dengan mempercepatkan masa peranti yang menjalankan Android 15 memasuki mod Doze sebanyak 50%. Dalam mod Doze ini, sistem berusaha untuk menjimatkan bateri dengan menyekat akses aplikasi kepada perkhidmatan sistem dan CPU yang intensif.

Ia juga menghalang aplikasi yang tidak digunakan sejak kebelakangan ini daripada berjalan di latar belakang. Secara keseluruhannya, perubahan pada mod Doze membantu memberikan peningkatan masa bersedia bateri pada Android 15.

Dave Burke, Naib Presiden Kejuruteraan untuk Platform Android, memberitahu Android Authority, “Untuk Android 15, kami telah mempercepatkan masa untuk memasuki doze (doze ialah apabila kami memasuki keadaan senyap) sebanyak 50%. Jadi kami masuk ke dalam doze 50% lebih cepat, dan hasilnya pada beberapa peranti yang kami uji, kami mendapat masa siap sedia yang lebih lama sehingga 3 jam. Dan itu adalah peningkatan umum dalam 15 yang terpakai kepada semua peranti.”

Ciri ini juga bakal muncul dalam Wear OS 6 yang akan berdasarkan Android 15 dan dijangka akan dilancarkan tahun depan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.