Utama Komputer AMD AMD secara rasminya lancarkan pemprosesan peranti mudah alih AMD Ryzen Gen Kedua...

AMD secara rasminya lancarkan pemprosesan peranti mudah alih AMD Ryzen Gen Kedua dengan Grafik Radeon Vega

891
0

AMD secara rasminya telah pun melancarkan pemprosesan peranti mudah alihnya yang terbaru dan digolongkan di dalam kelompok keluarga Ryzen Mobile Generasi Kedua. Sungguhpun di dalam kelompok keluarga Ryzen, pemprosesan-pemprosesan terbaru ini turut menyertakan satu chip Athlon.

Turut dikenali juga sebagai siri pemprosesan mudah alih AMD Ryzen 3000, pemprosesan ini direka berdasarkan rekabentuk Zen+ 12nm. Berikut adalah senarai pemprosesan-pemprosesan AMD terbaru berkenaan:

35W TDP

AMD Ryzen 7 3750H: 4-teras/8-bebenang, 4.0/2.3GHz, 6MB L2 & L3 Cache, Radeon Vega 10 1400MHz.

AMD Ryzen 5 3550H: 4-teras/8-bebenang, 3.7/2.1GHz, 6MB L2 & L3 Cache, Radeon Vega 8 1200MHz.

15W TDP

AMD Ryzen 7 3700U: 4-teras/8-bebenang, 4.0/2.3GHz, 6MB L2 & L3 Cache, Radeon Vega 10 1400MHz.

AMD Ryzen 5 3500U: 4-teras/8-bebenang, 3.7/2.1GHz, 6MB L2 & L3 Cache, Radeon Vega 8 1200MHz.

AMD Ryzen 3 3300U: 4-teras/4-bebenang, 3.5/2.1GHz, 6MB L2 & L3 Cache, Radeon Vega 6 1200MHz.

AMD Ryzen 3 3200U: 2-teras/4-bebenang, 3.5/2.6GHz, 5MB L2 & L3 Cache, Radeon Vega 3 1200MHz.

AMD Athlon 300U: 2-teras/4-bebenang, 3.3/2.4GHz, 5MB L2 & L3 Cache, Radeon Vega 3 1000MHz.

Berdasarkan pembentangan oleh AMD sewaktu sesi pra-CES 2019, pemprosesan-pemprosesan ini tidak mensasarkan kepada pengguna-pengguna yang baru sahaja membeli komputer riba dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini. Sebaliknya, sasaran utama adalah terhadap pengguna-pengguna komputer riba berusia sekitar 3-5 tahun yang berhasrat mendapatkan penggantian peranti baru.

Misalnya, AMD mendakwa pemprosesan Ryzen 5 Mobile Generasi Kedua mampu mencapai prestasi 61 peratus lebih baik berbanding komputer riba tahun 2015 dengan pemprosesan Intel Core berasaskan Broadwell.

Melalui kuasa grafik berintegrasi Radeon Vega padanya, pemprosesan Ryzen Mobile Generasi Kedua turut menyediakan peningkatan prestasi terhadap kerja-kerja suntingan media, pelayaran web dan juga kelancaran penggunaan PC secara keseluruhannya.

Perbandingan dengan komputer-komputer riba tahun 2019 turut memperlihatkan pemprosesan Ryzen Mobile Generasi Kedua menampilkan prestasi yang agak memberangsangkan dari sudut penggunaan melayari laman web dan suntingan media. Bagaimanapun, dari segi produktiviti, pemprosesan AMD terbaru ini setara dengan pemprosesan Intel Core Generasi Kelapan.

Seperti yang dijangkakan, melalui penggunaan grafik berintegrasi Radeon Vega, pemprosesan ini mampu menyediakan kadar bingkai yang lebih baik pada tetapan 720p terutamanya pada judul-judul permainan sukan elektronik yang popular.

Menurut AMD, pemprosesan terbaru ini akan mula hadir ke komputer-komputer riba terbaru dalam suku pertama tahun 2019. Antara pengeluar-pengeluar utama yang bakal menggunakan chip pemprosesan AMD terbaru ini termasuklah Acer, ASUS, Dell, HP, Huawei, Lenovo, dan Samsung.

Sumber berita diperoleh AMD

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.