Lanjutan dari pelancaran rasmi di Computex dan E3 2019, cip pemprosesan AMD Ryzen Generasi Ketiga kini secara rasminya memasuki pasaran Malaysia.
Versi asas pemprosesan Ryzen Generasi Ketiga ini yang hadir dalam bentuk gabungan dua APU ini bagaimanapun dibina berasaskan senibina Zen 12nm dan tidak mempunyai sokongan PCIe 4.0. Model-model ini termasuklah Ryzen 3 3200G dan Ryzen 5 3400G, yang masing-masing dijual dengan harga RM 429 dan RM 679.
Untuk model Ryzen Generasi Ketiga yang didatangkan denga 6 teras dan 12 bebenang iaitu Ryzen 5 3600 dan Ryzen 5 3600X pula, harga yang ditawarkan adalah masing-masingĀ RM 859 dan RM 1,069.
Seterusnya, model berspesifikasi 12 teras dan 24 bebenang pula iaitu Ryzen 9 3900X boleh didapati dengan harga RM 2,199. Bagaimanapun, untuk model Ryzen 9 3950X pula yang mempunyai 16 teras dan 32 bebenang pula dijangka hanya akan hadir ke pasaran Malaysia pada Septembr ini. Harga untuk Ryzen 9 3950X juga masih belum diumumkan oleh AMD setakat ini.
Mengambil kira harganya di pasaran-pasaran lain iaitu sekitar USD 749(lebih kurang RM 3,098), Ryzen 9 3950X mungkin agak terlalu mahal bagi kebanyakan pengguna-pengguna PC.













