Utama Mobile Aplikasi Perkhidmatan seru-pandu AirAsia Ride dilancarkan; Mula beroperasi di Lembah Klang

Perkhidmatan seru-pandu AirAsia Ride dilancarkan; Mula beroperasi di Lembah Klang

347
0

AirAsia telah mengumumkan perkhidmatan seru-pandu AirAsia Ride mula beroperasi pada hari ini. Perkhidmatan ini buat permulaan meliputi kawasan Lembah Klang dan boleh diakses menerusi aplikasi mudah alih AirAsia.

Hasrat memperkenalkan perkhidmatan seru-pandu ini pertama kali telah dinyatakan oleh AirAsia melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tony Fernandes.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Ride Malaysia, Lim Chiew Shan menyatakan perkhidmatan berkenaan kini mempunyai sekitar 1,500 pemandu berdaftar. Dijangkakan lebih kurang 5,000 lagi akan menyertai dalam tempoh enam bulan yang akan datang.

Perkhidmatan ini juga akan diperluaskan ke seluruh negara secara berperingkat. Buat masa ini, pemandu-pemandu AirAsia Ride dikenakan komisen sebanyak 15% sahaja.

Beberapa manfaat dari perkhidmatan penerbangan AirAsia dibawakan ke AirAsia Ride seperti mata ganjaran BIG Points untuk menikmati tambang murah dan percuma.

Selain itu, pengguna juga tidak lama lagi boleh membuat pra-tempahan AirAsia Ride bagi perjalanan ke lapangan terbang dan juga balik dari sana.

AirAsia Ride menawarkan lima jenis pilihan kenderaan iaitu:

  • kompak
  • 6-tempat duduk
  • premium
  • MPV premium, dan
  • teksi

Turut diperkenalkan Allstar Ride yang mana pengguna boleh meminta untuk diambil oleh juruterbang atau kru kabin Air Asia. Untuk tambangnya, AirAsia menetapkan RM1/kmsecara purata tidak termasuk tol.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.