Acer Malaysia mengumumkan pengeluaran laptop boleh ubah (convertible) Aspire R14 baru yang telah diperbaharui spesifikasinya untuk dijual di pasaran Malaysia. Ia kini dilengkapi dengan pemprosesan Intel Core i5 6200U berasaskan senibina Skylake berserta dengan storan SSD. Berbanding model sebelum ini, ia menggunakan storan cakera keras tradisional.

Walaupun Aspire R14 versi diperbaharui ini menampilkan storan SSD yang lebih pantas, ia masih lagi kurang dari segi kapasiti storan kerana memiliki hanya 128 GB. Ia jauh lebih kecil jika dibandingkan dengan model dengan senibina Broadwell yang menyediakan kapasiti storan HDD sehingga 1 TB.

Selain dari itu, model diperbaharui ini hanya memiliki 4GB RAM disamping menggunakan grafik bersepadu Intel. Jika dibandingkan dengan model tahun lepas, ia didatangkan bersama RAM 8 GB berserta kad grafik Nvidia GeForce 820M. Ada banyak pro dan kontra di sini.Acer Aspire R14

Sememangnya Acer Aspire R14 baru ini terdapat kekurangannya yang tersendiri seperti RAM, kapasiti storan dan juga ketiadaan kad grafik khusus. Namun, ia hadir tambahan ciri-ciri baru seperti labuhan USB Type-C dan juga paparan 14 inci 1920 x 1080 IPS. Ia jauh lebih baik dengan model terdahulu berasaskan senibina Broadwell dahulu yang menyediakan paparan setakat 1366 x 768.

Laptop boleh ubah ini boleh didapati di pasaran kini pada harga RM 2,899, sama harga dengan model senibina Broadwell yang hadir pada tahun lepas.

-Sumber berita diperoleh dari Acer Malaysia

1 komen

Tinggalkan komentar