Mac baru-baru ini, Valve telah mengumumkan akan mengeluarkan perkhidmatan streaming permainan versi beta untuk Steam yang dikenali sebagai Steam Link, untuk diperkenalkan pada Android terlebih dulu sebelum iOS menyusul kemudian.

Kini, pengedar permainan digital berkenaan telah menjenamakan semula perkhidmatan tersebut sebagai “Steam Remote Play”, dan disediakan kepada pengguna yang berminat untuk menjalankan “eksperimen”.

Menurut Steam, Remote Play akan membolehkan pengguna membuat penstriman permainan dari PC rumah masing-masing, terus ke PC atau peranti mudah alih lain di lokasi lain di mana jua pengguna berada. Selain itu, pengguna juga dikehendaki mempunyai sambungan internet yang baik dan berhampiran dengan pusat data Steam.

Penambahbaikan ini adalah sesuatu yang amat besar memandangkan sebelum ini, Steam Link hanya mampu melakukan penstriman dari PC pengguna ke peranti-peranti lain yang berada di dalam satu rangkaian yang sama sahaja. Bagaimanapun, fungsi ini masih di dalam tempoh percubaan walaupun sudah melepasi peringkat beta.

Sumber berita diperoleh dari Techspot

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.