KUALA LUMPUR, 20 Mei 2024 – Dalam satu langkah penting ke arah kewangan yang inklusif seiring dengan prinsip-prinsip perbankan Islam, Zurich Malaysia melalui perniagaan takaful keluarga, Zurich Takaful Malaysia Berhad (ZTMB) dan Zurich General Takaful Malaysia Berhad (ZGTMB) menjalin kerjasama strategik dengan AEON Bank (M) Berhad (AEON Bank), bank digital Islam pertama Malaysia.
Kolaborasi Zurich Malaysia dengan AEON Bank mencerminkan usaha bersama menawarkan produk patuh Syariah untuk menjaga kesejahteraan peribadi dan kewangan pelanggan tempatan. Perkongsian tiga pihak itu menandakan komitmen semua pihak terhadap penggunaan teknologi kewangan (fintech) generasi akan datang, dengan menawarkan produk perlindungan digital-dahulu dalam ekosistem kewangan Islam Malaysia yang teguh.
Shamsul Azman, Ketua Pegawai Eksekutif ZGTMB, berkata, “Kami berbesar hati menerajui pendigitalan takaful untuk negara, dengan memanfaatkan rangkaian global kami, kepakaran tempatan dan keupayaan teknologi untuk mengembangkan perlindungan takaful untuk semua rakyat Malaysia. Kami gembira untuk menawarkan Zurich Edge kepada AEON Bank, yang membolehkan pengalaman pengguna yang lancar, diperibadikan dan lebih berkaitan. Kerjasama kami dengan AEON Bank menyerlahkan dedikasi kami untuk membantu rakyat Malaysia dalam melindungi aset mereka dan membuka laluan baharu untuk pengembangan sektor kewangan Islam dalam ruang digital.”
Menyuarakan pendapat serupa, Nur Fatihah Mustafa, Wakil Sah ZTMB, berkata, “Di dalam era pendigitalan yang pesat masa kini, kami di Zurich Malaysia sentiasa mencari rakan-rakan kongsi yang selaras dengan kempen jenama kami ‘Lindungi Segala Perkara yang Bermakna’. Kolaborasi kami dengan AEON Bank adalah untuk melaksanakan wawasan bersama iaitu mempromosikan kewangan patuh Syariah yang inklusif bukan sahaja untuk masyarakat Islam, tetapi untuk rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat. Melalui kerjasama berbilang tahun ini, kami bersedia memenuhi keperluan dinamik pelanggan yang celik digital masa kini dan berada di barisan hadapan dalam inovasi digital. Tiada keutamaan yang lebih penting daripada perlindungan yang boleh kami sediakan untuk keluarga dan orang tersayang, dan kami teruja dan bangga dapat memacunya melalui kerjasama dengan AEON Bank.”
Menumpukan kepada pertumbuhan dan pembangunan perbankan digital Islam, YM Raja Teh Maimunah, Ketua Pegawai Operasi AEON Bank berkata, “Kolaborasi antara AEON Bank dan operasi takaful Zurich Malaysia pastinya bakal meneguhkan usaha ke arah menawarkan produk takaful patuh Syariah bagi rakyat Malaysia. Kami mengenalpasti bahawa terdapat jurang dalam pasaran pelan perlindungan mikro, maka dengan itu kami berazam untuk memudahkan akses kepada produk takaful yang mampu milik, supaya rakyat Malaysia boleh memastikan mereka mampu untuk melindungi insan tersayang serta dapat membantu menghadang musibah di waktu kesusahan. Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan Zurich Malaysia ke arah menjayakan komitmen bersama ini.”
Untuk maklumat lanjut mengenai kerjasama ini, sila layari Zurich Takaful, Zurich General Takaful dan AEON Bank.