Utama Komputer Kad Grafik ZOTAC GeForce GTX 1080 Mini kini di Malaysia pada harga...

Kad Grafik ZOTAC GeForce GTX 1080 Mini kini di Malaysia pada harga RM2,999

934
1

Kad grafik terbaru dari ZOTAC, GeForce GTX 1080 Mini kini telah berada di pasaran Malaysia. Model terbaru ini berbeza sedikit berbanding kad grafik GeForce GTX 1080 sebelum ini dan pihak ZOTAC memaklumkan ia lebih bersesuaian dengan kebanyakan spesifikasi perkakasan komputer yang ada di pasaran hari ini.

Ia banyak dipengaruhi oleh faktor dimensinya yang lebih kecil berbanding model yang terdahulu, sesuai dengan penggunaan nama ‘mini’ padanya. Walaupun mengalami pengurangan dari segi saiz fizikal, kad grafik ini masih mampu memberikan kelajuan klok melebihi spesifikasi rujukan oleh Nvidia.

Hal ini kerana klok asasnya sememangnya sudah tinggi pada 1,607 MHz dan boleh dipertingkatkan sehingga 1,733 MHz. Walaubagaimanapun, kelajuan memorinya masih lagi sama pada 10Gbps.

Bagi tujuan menyejukkan haba yang terhasil dari kad grafik ini, GeForce GTX 1080 Mini telah mengimplementasikan penyejukan termal yang menggabungkan kipas 90mm dan 100mm padanya. Penenggelam haba aluminium pada kad grafik tersebut turut mengandungi blok kuprum yang dijadikan sebagai titik sentuhan untuk GPUnya. Penyejukannya juga turut dibantu oleh lima paip haba kuprum 6mm.

Kad grafik ZOTAC GeForce GTX 1080 Mini ini boleh didapati di pasaran pada harga RM2,999.

Sumber berita diperoleh dari Zotac Malaysia

1 komen

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.