Utama Komputer Kad Grafik ZOTAC GeForce GTX 1050 Mini kini di Malaysia, harga saranan...

Kad Grafik ZOTAC GeForce GTX 1050 Mini kini di Malaysia, harga saranan RM579

894
0

Kad grfik terbaru daripada ZOTAC, GeForce GTX 1050 Mini kini boleh diperolehi di Malaysia. Berasaskan senibina Pascal, kad grafik pada harga mampu milik ini dijual pada harga sekitar RM579.

Pada luarannya, GeForce GTX 1050 Mini hadir dengan sistem penyejukan thermal yang sering digunakan pada rekaan mini yang terdapat pada GTX 1050 Ti dan GTX 1060. Secara spesifiknya, sistem penyejukan ini hadir dengan penenggelam haba (heatsink) aluminium berbentuk kelopak bunga matahari yang diletakkan betul-betul di atas GPU kad grafik berkenaan lengkap dengan bilah kipas 90 mm.

Dilengkapi dengan 2GB dari 128-bit GDDR5 VRAM yang dioperasikan pada 7 GHz, ZOTAC turut menetapkan kelajuan klok GeForce GTX 1050 Mini sama dengan spesifikasi Nvidia. Iaitu 1354 MHz untuk kelajuan klok asas dan 1455MHz bagi kelajuan klok yang dipertingkatkan.

Sama juga dengan GTX 1050 Ti Mini, kad grafik ini mendapatkan bekalan kuasanya melalui labuhan PCI Express. Oleh itu, tiada sambungan tambahan dari bekalan kuasa yang diperlukan. Pada harga saranan RM579, kad grafik ini mendapatkan perlindungan waranti selama 5 tahun. Sama seperti kad-kad grafik keluaran ZOTAC yang lain.

Sumber berita diperoleh dari MIT Technology dan ZOTAC

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.