Utama Telco Yoodo Yoodo tawarkan Data 100GB untuk 12 jam dengan harga RM10

Yoodo tawarkan Data 100GB untuk 12 jam dengan harga RM10

575
0

Yoodo kini menawarkan pakej pilihan Yoodo Power Pass 100GB untuk tempoh 12 jam pada harga RM10 sehingga 14 Oktober ini. Selepas dari tarikh tersebut, pakej berkenaan akan kembali ke harga asalnya iaitu RM15.

Selain dari pilihan untuk tempoh 12 jam tersebut, Yoodo Power Pass 100GB turut menawarkan pilihan RM2 untuk sejam dan juga RM5 untuk tiga jam. Kesemua pakej tersebut menawarkan kuota yang sama iaitu 100GB.

Pakej Power Pass ini merupakan penawaran dari Yoodo khusus untuk pengguna yang ingin mendapatkan data yang besar. Melalui pakej ini, pengguna dapat memuat turun fail yang besar tanpa mengganggu kuota data bulanan.

Ia amat bermanfaat bagi pengguna yang ingin memuat turun fail yang besar seperti mengemakini sistem operasi atau memuat turun fail permainan berkomputer.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.