Utama Mobile Android Xiaomi Redmi Note 4 versi 4GB RAM, storan 64GB hadir ke Malaysia...

Xiaomi Redmi Note 4 versi 4GB RAM, storan 64GB hadir ke Malaysia bermula 29 April

555
0

Xiaomi dilihat telah mampu mengatasi isu bekalan Redmi Note 4 berspesifikasi paling tinggi yang ditawarkannya, 4GB RAM dengan 64GB storan. Sungguhpun, dua versi yang lain peranti ini (2GB RAM/32GB dan 3GB RAM/32GB) telah lama dilancarkan secara rasminya di Malaysia, hanya model spesifikasi paling tinggi ini sahaja yang masih belum hadir ke pasaran.

Telefon pintar model ini menawarkan hanya dibezakan pada kapasiti RAM dan storan yang ditawarkannya sahaja dan selebihnya masih sama dengan Redmi Note 4 yang lebih awal tiba ke pasaran Malaysia. Antaranya, bateri 4100mAh, chipset Snapdragon 625 dan paparan 5.5-inci HD Penuh.

Xiaomi Redmi Note 4 bukanlah sebuah telefon pintar baru yang diperkenalkan. Ianya pertama kali diperkenalkan di China pada bulan Ogos 2016 yang lalu. Versi seantero dunia hanya hadir sekitar Januari dengan jumlah pasaran yang terhad di India.

Xiaomi Malaysia telah menetapkan tarikh jualan Redmi Note 4 bermula 29 April dengan harga jualan RM949.

Sumber berita diperoleh dari Mi Malaysia

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.