Utama Mobile Celcom tawar Data Percuma untuk Facebook dan Whatsapp, tebus kesilapan Gangguan Minggu...

Celcom tawar Data Percuma untuk Facebook dan Whatsapp, tebus kesilapan Gangguan Minggu Lalu

929
0

Celcom bakal mengumumkan tiada caj data dikenakan bagi melayari Facebook dan Whatsapp kepada pengguna telco berkenaan selama seminggu bermula 25 April ini.

Pengumuman terbabit dibuat menerusi halaman Facebook Celcom, hari ini, berikutan masalah gangguan Internet bagi melayari Facebook, Whatsapp dan Instagram sejak dua minggu lalu.

Selain bakal mengumumkan data percuma bagi melayari Facebook dan Whatsapp, Celcom turut mengumumkan bahawa penambahbaikan bagi melayari Facebook sedang dijalankan dan dijangka selesai pada 28 April ini.

Sementara itu, masalah gangguan Internet di kalangan pengguna Celcom mengundang kemarahan majoriti pengguna.

Pemilik akaun Facebook dengan nama Mohd Hazreeq, menerusi sebuah komen beliau di laman Facebook Celcom telah memohon Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil berat isu ini.

“Diminta pihak SKMM mengambil berat kes ini. Semua pengguna Celcom teraniaya dengan kejadian ini dan tidak ada keputusan timbal balik yg adil bagi kejadian yang berlaku. Kami tetap kena bayar bil setiap bulan pada rate (harga) yang sama sedangkan servis yang diberikan sangat menghampakan pengguna,” katanya.

Selain itu, pemilik akauan Facebook dengan nama Mohd Fuad pula, telah menulis menerusi status Facebook bahawa kerjanya tergendala gara-gara masalah gangguan internet.

“Sekali masuk Whatsapp, beratus selepas senyap ’10 tahun’. Dekat dua minggu dah macam ni. Meeting (mesyuarat) re-schedule (ditunda) ke 11.15 pagi tapi disebabkan baru dapat mesej menyebabkan saya membuang masa hampir satu jam di One Utama. Banyak benda lain lagi boleh dibuat,” katanya.

Berita dipetik dan disunting dari Harian Metro

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.