Utama Android Xiaomi Xiaomi TV Stick baharu akan datang dengan sokongan Dolby Vision, SoC lebih...

Xiaomi TV Stick baharu akan datang dengan sokongan Dolby Vision, SoC lebih berkuasa

99
0

Android TV dalam bentuk batang (stick) dilihat agak terkebelakang jika dibanding dalam bentuk lain. Pertama kali diperkenalkan pada tahun 2020, kini Xiaomi TV Stick bakal menerima pembaharuan pada keluaran tahun ini.

Xiaomi TV Stick versi 2021 telah melepasi persijilan FCC dengan ciri perkakasan yang hampir sama, tetapi sedikit berbeza. Dari luarannya, batang penstriman baharu ini menampilkan logo baharu Xiaomi yang turut terdapat pada alat kawalan jauhnya.

Ia juga kelihatan tidak jauh beza rekaannya dengan versi yang terdahulu walaupun hadir dengan saiz yang lebih besar.

Menerusi foto pengujian, FCC turut mengesahkan peranti ini akan menggunakan platform Android TV standard. Ia tidak menggunakan Google TV baharu seperti yang terdapat pada Chromecast dan lain-lain peranti penstriman.

Tidak dapat dipastikan sama ada batang penstriman baharu ini menggunakan mikro-USB atau USB-C untuk sumber bekalan kuasanya.

Walaubagaimanapun, terdapat perubahan pada jenis cipset yang digunakannya. Xiaomi telah menaik taraf cipset TV Stick versi 2021 ini dengan cipset Amlogic S905Y4. Ia menyokong 4K HDR dan piawaian AV1, seterusnya mempunyai kuasa yang lebih sedikit jika dibandingan dengan Google TV Chromecast.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.