Utama Telco Digi Digi masih lagi mencatat kelajuan muat turun terpantas di dalam Laporan Opensignal...

Digi masih lagi mencatat kelajuan muat turun terpantas di dalam Laporan Opensignal September 2021

922
0

Digi masih lagi mencatatkan kelajuan memuat turun paling pantas di kalangan penyedia-penyedia telekomunikasi mudah alih di Malaysia. Laporan terkini Opensignal pada bulan September 2021 menunjukkan Digi mencatatkan kelajuan memuat turun pada 12.4Mbps.

Data-data bagi laporan berkenaan mengambil kira rekod-rekod yang telah diambil sepanjang dari 1 Jun sehingga 29 Ogos 2021. Pun begitu, kelajuan yang dicatatkan oleh Digi ini adalah 0.9Mbps lebih rendah jika dibandingkan dengan laporan pada April lalu.

Di tempat kedua, Maxis mengekalkan lagi kedudukannya dengan kelajuan purata yang sama seperti pada April 2021 iaitu pada 11.9Mbps. Maxis juga merampas kedudukan bagi kategori Video Experience dari Digi dengan kelebihan 0.5 markah.

Maxis juga mendahului di dalam kategori Games Experience dan tidak lagi berkongsikan kedudukan dengan U Mobile seperti di dalam laporan sebelumnya. U Mobile juga masih lagi mengekalkan kedudukan teratas bagi kategori Voice App Experience dan Upload Speed Experience sejak dari September 2020.

Dalam pada masa yang sama, Unifi mengekalkan kedudukan teratas bagi kategori 4G Availability. Manakala Celcom pula cemerlang di dalam kategori 4G Cover Experience.

Maklumat lanjut mengenai laporan ini, layari laman web Opensignal.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.