Utama Mobile Tablet Xiaomi secara rasminya akan memperkenalkan tablet Pad 6S Pro di Malaysia

Xiaomi secara rasminya akan memperkenalkan tablet Pad 6S Pro di Malaysia

274
0

Tablet premium terkini dari Xiaomi, Pad 6S Pro secara rasminya telah diumumkan akan memasuki pasaran Malaysia berdasarkan video yang dikongsikan di dalam laman Facebook rasminya.

Setakat ini spesifikasi lengkap Xiaomi Pad 6S masih lagi belum diperincikan lagi. Namun, berdasarkan model yang dilancarkan di China dan juga pasaran global, tablet tersebut menampilkan paparan LCD beresolusi 3K 12.4-inci dengan nisbah aspek 3:2. Ia juga mempunyai kadar penyegaran semula 144Hz, kecerahan puncak 900 nits, serta perlindungan Corning Gorilla Glass 5.

Dari segi ukuran, tablet ini mempunyai ketinggian 278.70 mm, lebar 191.58mm, berketebalan 6.26mm dan seberat 590 gram.

Di dalamnya, tablet ini menggunakan pemprosesan Snapdragon 8 Gen 2, bersama-sama RAM 12GB dan storan sehingga 512GB. Ia juga menggunakan versi terkini antaramuka Xiaomi HyperOS serta bateri berkapasiti 10,000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 120W melalui USB-C.

Pada bahagian belakamgnya terdapat dwi-kamera dengan kamera utama 50MP dan kamera berkedalaman 2MP. Manakala di depannya pula disediakan sebuah kamera 32MP yang ditempatkan pada bingkai paparan sebelah sisinya.

Xiaomi masih lagi belum mengumumkan tarikh pelancaran dan harga jualan Xiaomi Pad 6S Pro di Malaysia. Sebagai rujukan tablet tersebut ditawarkan dalam dua konfigurasi di China dengan harga jualannya bermula dari CNY3,299 (~RM2,168).

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.