Kemaskini fitur Windows 10 yang dijadual akan diluncurkan pada pertengahan tahun ini bakal membawakan beberapa perubahan visual pada sistem operasi berkenaan.

Ini dapat dilihat binaan 21343 Insider Preview Windows 10 yang dijangka bakal disertakan pada kemaskini akan datang yang menggunakan nama kod, Sun Valley.

Antara perubahan yang disertakan adalah penggunaan ikon-ikon baharu di dalam aplikasi File Explorer. Rekaan ikon baharu ini meliputi kesemua ikon yang biasa kenali selama ini seperti folder, recycle bin, hard disk, dan sebagainya.Win10 New Icon Pictures Folder Win10 New Icon Recycle Bin

Bagaimanapun, kesemua rekaan ini masih belum lagi dimuktamadkan dan kemungkinan ada yang bakal kembali kepada rekaan asal. Segalanya terserah kepada maklum balas yang diterima dari penguji-penguji Insider Preview nanti.

Misalnya, Microsoft pernah menukarkan ikon Recycle Bin ketika Windows 10 masih diperingkat pratonton. Ianya terpaksa ditukarkan kembali selepas menerima kritikan dari para pengujinya.

Terdapat juga kemaskini kecil di dalam binaan ini. Folder Windows Administrative Tools akan dikenali sebagai Windows Tools. Serta bahagian ‘news’ dan ‘interest’ boleh didapati oleh pengguna di China dan pautan ‘Get Help’ di dalam papan kekunci sentuhan akan dinyatakan sebagai “Learn more”.

Bagi anda yang ingin mencuba Windows 10 binaan 21343, anda boleh mendapatkannya menerusi Windows Update. Pastinya, anda perlu menyertai saluran Dev (pembangunan) untuk membolehkan anda memasuki tab Windows Insider Program di dalam Settings.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.