Utama Mobile Android Windows 10 versi pembangun sokong Notifikasi dari telefon Android melalui aplikasi ‘Your...

Windows 10 versi pembangun sokong Notifikasi dari telefon Android melalui aplikasi ‘Your Phone’

1118
0

Microsoft telah mengemaskini aplikasi ‘Your Phone’ di dalam Windows 10 sebagaimana yang telah dijanjikan. Terbaru, aplikasi berkenaan menyokong fungsi terimaan notifikasi dari telefon Android untuk dipaparkan pada paparan skrin desktop. Selain itu, aplikasi berkenaan turut menyokong fungsi ‘cerminan’ (mirroring) skrin telefon dan juga menghantar mesej.

Menurut sebuah kenyataan di dalam blog Microsoft, fungsi ini bakal diperkenalkan secara berperingkat ke Windows Insider terlebih dahulu melalui kemaskini 19H1— atau kemaskini May 2019, yang juga dikenali sebagai versi 1903. Kemaskini ini dijadualkan bakal menemui pengguna Windows dalam beberapa minggu sahaja lagi sebaik sahaja kemaskini May 2019 telah stabil.

Apabila anda menggunakan aplikasi Your Phone untuk menghubungkan telefon Android dengan PC anda, notifikasi dari telefon anda akan dipaparkan pada skrin PC anda. Notifikasi berkenaan akan dipaparkan sebagaimana notifikasi biasa Windows yang akan muncul melalui ‘action center’.

Notifikasi berkenaan juga boleh dikeluarkan dan dibersihkan sama seperti notifikasi lain dan juga boleh disegerakkan antara kedua-dua peranti. Anda juga boleh memilih jenis-jenis notifikasi yang dibenarkan untuk dipaparkan berdasarkan aplikasi-aplikasinya.

Fungsi ini bukanlah sesuatu yang baru kerana ianya pernah diperkenalkan melalui aplikasi Cortana. Cuma untuk kali ini ia hadir ke aplikasi Your Phone dengan antaramuka yang lebih kemas.

Microsoft juga membenarkan fungsi cerminan skrin (screen mirroring) OnePlus 6, OnePlus 6T, Samsung Galaxy S10e, S10, S10+, Note 8, dan Note 9. Selain itu, ianya juga dilaporkan boleh digunakan dengan Samsung Galaxy S8, S8+, S9, dan S9+.

Bagaimanapun, fungsi ini memerlukan “PC Windows 10 dengan Bluetooth yang menyokong peranan periferal bertenaga rendah” (Windows 10 PC with a Bluetooth radio supports the low energy peripheral role). Walaupun anda mempunyai telefon pintar yang menyokong fungsi ini, namun agak sukar untuk mendapatkan PC yang mempunyai sokongan Bluetooth jenis berkenaan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.