Home Komputer Cara atasi masalah PC Windows 10 tidak boleh dihidupkan disebabkan isu Kemaskini

Cara atasi masalah PC Windows 10 tidak boleh dihidupkan disebabkan isu Kemaskini

1558
2

Windows 10 mengemaskini dirinya sendiri secara automatik. Pada kebanyakan masa, kemaskini berkenaan tidak menyebabkan sebarang masalah. Bagaimanapun, ada masa-masa tertentu terdapat masalah dari kemaskini sistem operasi berkenaan boleh menyebabkan PC anda tidak boleh dihidupkan.

Pada kebiasaannya, PC anda boleh dipulihkan semula melalui ‘System Restore’. Namun, jika PC anda tidak membolehkan fungsi ‘System Restore’, anda mungkin berdepan dengan kesukaran untuk menghidupkan PC anda.

Mujurlah, baru-baru ini Microsoft telah memasukkan fungsi terbaru yang membolehkan anda menyahpasang kemaskini melalui ‘advanced startup screen’. Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukannya:

Dua jenis kemaskini Windows 10

Sejak Windows 10 dilancarkan, Microsoft telah memperkenalkan dua jenis kemaskini iaitu – Quality Updates dan Feature Updates. Apabila anda cuba untuk menyahpasangnya, anda perlu ketahui apakah tujuan kemaskini tersebut diperkenalkan;

Quality Updates: Kemaskini ini juga dikenali sebagai ‘Cumulative Updates’ dan pengguna menerimanya hampir setiap minggu. Quality Updates ini mengandungi pembaikan keselamatan, pembaikan pepijat, dan juga penambahbaikan kualiti dan kestabilan sistem. Anda boleh mengenalpasti kemaskini ini melalui nombor KB masing-masing. Anda juga boleh membuat semakan perincian penambahbaikan yang diperkenalkan melalui Microsoft Update Catalog.

Feature Updates: Kemaskini ini merupakan kemaskini utama Windows 10 yang diterbitkan setahun dua kali. Misalnya, kemaskini terbaru 1809 dan kemaskini yang akan datang, 1903 merupakan kemaskini utama (feature updates). Secara keseluruhannya, kemaskini ini memperkenalkan fungsi-fungsi terbaru dan juga penambahbaikan antaramuka.

Cara menyahpasang kemaskini yang menjadi punca PC Windows 10 tidak dapat dihidupkan

Untuk menyahpasang kemaskini PC Windows 10 yang tidak dapat dihidupkan, kita terlebih dahulu perlu mengakses ke tetapan pemula lanjutan (advanced startup setting). Cara untuk mengaksesnya boleh dilakukan menerusi media pemasangan Windows 10 (Windows 10 installation media).

Jika anda tidak mempunyainya, anda boleh mewujudkannya dengan mendapatkan fail ISOnya dari Microsoft dan menghasilkannya dengan menggunakan Rufus atau perisian lain yang seumpamanya.

  1. Pasangkan media pemasangan Windows 10 (USB atau DVD) terlebih dahulu ketika menghidupkan PC dan seterusnya pilih ‘boot’ melaluinya. Pada skrin pemasangan utama, klik pada butang “Next”.
  2. Oleh kerana kita ingin mengakses ke pilihan pemula lanjutan (Advanced Startup Options), klik pada “Repair your computer” pada penjuru kiri sebelah bawah tetingkap.
  3. Seterusnya anda akan dibawakan ke skrin pemula lanjutan (Advanced Startup). Melaluinya, pilih “Troubleshoot”.
  4. Pilih “Uninstall Updates”
  5. Jika anda ingin menyahpasang kemaskini biasa “Quality Update” sahaja, pilih “Uninstall latest quality update” . Jika anda ingin menyahpasang “feature update”, pilih “Uninstall latest feature update.”
  6. Anda akan dibawakan ke skrin pengesahan. Klik sahaja pada butang “Uninstall feature update” atau “Uninstall quality update”
  7. Sebaik sahaja selesai, Windows 10 akan mengimbas sistem komputer anda dan akan menyahpasang kemaskini terbaru berkenaan. Anda mungkin dikehendaki memasukkan nama pengguna dan kata laluannya pada peringkat ini.
  8. Selepas kemaskini berkenaan berjaya dikemaskini, PC anda akan but semula secara automatik dan PC anda boleh digunakan seperti biasa jika tiada sebarang masalah lain timbul.

2 COMMENTS

  1. Hari ni bukak pc kuar notis we can’t sign into your account, semua file documnent hilang, pictures. Boleh tolong ajar cara dapat balik file tu?

    • Kemungkinan akaun pada PC berkenaan sudah korup dan jika boleh masuk melalui akaun lain, data-data yang hilang mungkin boleh didapatkan semula melalui aplikasi seperti Recuva.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.