Utama Mobile Aplikasi WhatsApp perkenalkan fungsi memindahkan Data ke Peranti baharu menggunakan kod QR

WhatsApp perkenalkan fungsi memindahkan Data ke Peranti baharu menggunakan kod QR

374
0

Proses memindahkan data dari telefon pintar lama ke telefon pintar baharu merupakan salah perkara yang agak sulit untuk dilakukan oleh sesetengah pengguna terutamanya melibatkan aplikasi WhatsApp sebelum ini.

Pada kebiasaannya, pengguna perlu memindahkan secara dalam talian (backup Google Drive) terlebih dahulu sebelum boleh menyalinkannya semula ke dalam peranti baharu. Kini pengguna boleh menggunakan cara baharu memindahkan data secara setempat menggunakan kod QR, menurut laporan The Verge.

Untuk memindahkan data WhatsApp anda ke peranti baharu, pergi ke Settings > Chats > Chat Transfer pada telefon pintar lama anda. Ia seterusnya akan menjana kod QR untuk anda imbaskannya melalui telefon pintar baharu anda.

Seterusnya, pilih ‘Accept’ apabila diajukan untuk memulakan pemindahan data secara setempat. Ia sepatutnya boleh disiapkan dalam tempoh beberapa minit sahaja bergantung pada seberapa besar saiz fail yang anda ingin pindahkan.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.