Utama Mobile Aplikasi WhatsApp dijangka akan perkenalkan ciri Pengesahan Alamat Emel tidak lama lagi

WhatsApp dijangka akan perkenalkan ciri Pengesahan Alamat Emel tidak lama lagi

57
0
WhatsApp Email Verifications

WhatsApp dilaporkan sedang menguji ciri pengesahan alamat emel dan dijangka akan memperkenalkannya kelak kepada pengguna-penggunanya. Pengenalan sokongan ini bakal membolehkan pengguna melog masuk ke akaun melalui emel.

Buat masa ini pengguna hanya boleh melog masuk dengan mengesahkan kod yang dihantar melalui SMS. Berdasarkan maklumat yang tertiris, WhatsApp sedang memperkenalkan ciri ini secara beta kepada pengguna yang terpilih.

WhatsApp juga mungkin akan melancarkan ciri ini sebagai alternatif kepada kaedah log masuk. Ciri tersebut setakat ini membolehkan pengguna mengaktifkannya dengan memasukkan maklumat berkaitan alamat emel pengguna. Melalui cara ini, pengguna dapat membuat persediaan awal jika berlaku sebarang masalah pada nombor talian telefon yang digunakan.

Pun begitu, terdapat kebimbangan pencerobohan masuk ke akaun jika pengguna terlupa melog keluar peranti-peranti yang pernah digunakan. Tambahan pula kebanyakan pengguna sudah terbiasa menggunakan kaedah yang sedia ada dan atas sebab itu, kaedah tersebut dirasakan lebih selamat.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.