Utama Mobile Aplikasi WhatsApp dilapor sedang membangunkan fungsi baharu yang dikenali sebagai ‘Communities’

WhatsApp dilapor sedang membangunkan fungsi baharu yang dikenali sebagai ‘Communities’

Fungsi baharu di dalam WhatsApp ini membolehkan anda mewujudkan sub-saluran baharu di bawah kumpulan borak utama.

50
0

WhatsApp dilaporkan sedang mengusahakan fungsi baharu yang membolehkan pengguna mewujudkan sub-saluran di bawah kumpulan borak utama untuk perbincangan berasingan.

Menurut laporan dari WABetaInfo, platform permesejan ini dikatakan sedang memperkenalkan fungsi tersebut dan akan dikenali sebagai ‘Communities’.

Sama seperti yang ditawarkan pada Discord dan Slack, penambahan baharu ini hanya membenarkan pengasas dan pentadbir mewujudkan sub-saluran. Selain itu, mereka juga dibenarkan untuk menambah ahli-ahli tertentu ke kumpulan melalui pautan jemputan.

Selain itu, pengguna yang mempunyai kuasa pentadbiran juga diberikan beberapa alatan untuk menguruskan ‘Communities’ masing-masing. Walaubagaimanapun, perincian pelaksanaannya masih lagi belum diketahui.WhatsApp-Communities-Funsi-Penambahan

Dari segi privasi dan keselamatan, Communities dikatakan masih mengekalkan enkripsi hujung-ke-hujung WhatsApp. Kumpulan-kumpulan borak yang diwujudkan melalui fungsi ini juga akan ditunjukkan dalam bentuk ikon petak. Ia bertujuan bagi membezakan dari borak kumpulan biasa dan individu yang berbentuk bulat.

Walaupun fungsi sebegini hadir agak lewat berbanding pesaingnya, Communities sememangnya penambahan yang bermanfaat di dalam WhatsApp. Ia membolehkan sebahagian ahli tertentu di dalam kumpula borak berbincang dengan lebih tertutup dari kumpulan borak utama. Perkara ini amat penting untuk mesyuarat pasukan atau perancangan acara.

WABetaInfo menjangkakan fungsi baharu ini akan diperkenalkan melalui beta WhatsApp yang akan datang untuk pengguna Android dan iOS. Tidak dapat dipastikan sama ada ia bakal hadir bersama-sama fungsi memadam chat tanpa had masa atau tidak setakat ini.

Memandangkan fungsi ‘Communities’ ini masih belum diumumkan secara rasminya, kita tidak dapat menolak kemungkinan yang ia mungkin tidak akan dapat dilaksanakan kelak.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.