Utama Mobile Aplikasi WhatsApp kini perkenalkan ciri boleh Edit semula Mesej selepas dihantar

WhatsApp kini perkenalkan ciri boleh Edit semula Mesej selepas dihantar

46
0
WhatsApp boleh edit Mesej

Pengasas Facebook Mark Zuckerberg baru-baru ini telah mengumumkan anda kini boleh menyunting (edit) semula mesej yang telah di hantar di dalam WhatsApp. Ciri ini membolehkan pengguna membetulkan semula maklumat atau ejaan pada mesej tersebut tanpa perlu memadam keseluruhan mesej tersebut.

Pengguna bagaimanapun diberikan masa dalam 15 minit sahaja untuk menyunting atau meminda semula mesej tersebut jika didapati terdapat kesilapan. Selepas itu mesej berkenaan tidak lagi boleh disunting dan anda mungkin perlu memadam keseluruhan mesej tersebut seperti biasa jika terdapat kesilapan.

Untuk menyunting mesej yang telah dihantar di dalam WhatsApp, anda boleh mengaksesnya dengan pergi ke butang Edit yang muncul apabila anda menekan lama pada mesej berkenaan. Caranya sama seperti anda ingin menyalin (copy) atau mesej di dalam WhatsApp. Seterusnya, anda boleh menyunting mesej terbabit mengikut keperluan anda.

Menurut WhatsApp, pihaknya kini telah pun mula menawarkan ciri tersebut kepada pengguna-pengguna global secara berperingkat. Anda yang masih belum menerimanya setakat ini mungkin perlu menunggu sedikit masa lagi.

SUMBERMark Zuckerberg [Facebook]
Artikel sebelum iniSamsung Galaxy M14 5G hadir 24 Mei ini, Tawaran Harga Istimewa bersempena Pelancaran RM849 untuk sehari sahaja
Artikel seterusnyaAstro menawarkan lebih banyak hiburan premium Asia dengan penambahan WeTV
Penulis berpengalaman di dalam bidang teknologi maklumat selama 12 tahun dan kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa baik di dalam Malaysia mahupun di luar negara. Penulis boleh dihubungi melalui

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.