Utama Perkakasan SanDisk Western Digital kini tumpu pada pengeluaran HDD sahaja; SSD diambil alih SanDisk

Western Digital kini tumpu pada pengeluaran HDD sahaja; SSD diambil alih SanDisk

80
0

Western Digital (WD) amat sinonim dengan peranti storan yang merangkumi HDD dan SSD, kini dilaporkan akan hanya menumpukan pada pengeluaran storan jenis HDD sahaja. Perkembangan ini merupakan rentetan dari kejayaan proses rancangan mengasingkan perniagaan pemacu Flash syarikat.

Rancangan tersebut telah pun dimulakan seawal Oktober 2023 apabila hasrat untuk bergabung dengan anak syarikat Toshiba, Kioxia tidak tercapai. Western Digital kini telah mengasingkan dari perniagaan Flash miliknya dengan menumpukan pada HDD sahaja dengan anak syarikatnya SanDisk mengambil alih storan Flash.

Mengambil kira proses ini memakan masa lebih daripada setahun untuk dimuktamadkan, transisi ini dijangka memberikan kesan yang minimal terhadap operasi syarikat. Bagi pengguna biasa seperti kebanyakan daripada kita semua, SSD berjenama WD baharu tidak lagi akan diketemukan di pasaran kelak. Kemungkinan siri SSD Black dan Blue di bawah jenama WD kelak akan diteruskan melalui SanDisk pula.

Ketua Pegawai Eksekutif WD Irving Tan menyatakan proses ini membolehkan syarikat memberikan tumpuan yang lebih segar terhadap teknologi HDD.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.