Vivo Malaysia baru-baru ini mengumumkan secara rasmi Vivo Y17 di Malaysia. Telefon pintar yang dilengkapkan dengan bateri berkapasiti 5000mAh ini dijual pada harga pasaran bermula dari RM799.
Dari segi spesifikasi perkakasan, Vivo Y17 didatangkan dengan chipset Mediatek MT6757 Helio P35, RAM 4GB , storan dalaman 64GB, kamera belakang dengan tetapan tri-kamera 13MP + 8MP + 2MP , kamera swafoto 20MP, paparan 6.35 inci dengan resolusi skrin 720 x 1544 piksel dan pastinya dikuasakan oleh bateri berkapasiti 5000mAh.
Setiap pembelian telefon pintar ini bakal menerima cenderahati lampu meja LED disumbangkan khas oleh Vivo. Pembelian boleh dibuat menerusi pengedar-pengedar sah di seluruh Malaysia dan di kedai-kedai dalam talian dengn dua pilihan warna iaitu Mineral Blue dan Mystic Purple.
Kunjungi laman rasmi Vivo untuk maklumat lanjut.