Utama Android Huawei Huawei masih mempunyai Stok Cip Simpanan selama Setahun

Huawei masih mempunyai Stok Cip Simpanan selama Setahun

681
0

Hubungan dua hala antara Amerika Syarikat dan China kian rumit dan Huawei menjadi mangsa keadaan dalam kecelaruan ini. Sungguhpun sekatan perdagangan yang dikenakan oleh A.S. memberi impak negatif di dalam pasaran, Huawei dilihat telah membuat persediaan bagi menghadapi segala kemungkinan di luar jangka.

Salah satu persediaan yang telah dilakukannya adalah membeli dan menghimpun sejumlah cip untuk disimpan sebagai bekalan selama setahun.

Huawei telah memaklumkan kepada pembekal globalnya enam bulan lepas bahawa pihaknya mahu menyimpan stok komponen penting untuk kegunaan selama setahun. Langkah ini dibuat sebagai persediaan menghadapi sebarang ketidaktentuan dalam perang perdagangan.

Gergasi elektronik dari China ini juga mencari jalan untuk mendapatkan sumber-sumber baru yang tidak akan terjejas oleh embargo A.S. Pilihan lain dalam menghadapi perang perdagangan ini adalah meningkatkan usaha untuk menjadi lebih mandiri.

Rancangan menyimpan stok bekalan ini turut merangkumi komponen pasif dan juga optik. Bagi sesetengah komponen yang berisiko tinggi untuk kawalan eksport, Huawei telah menyimpannya sebagai stok untuk enam bulan atau lebih daripada setahun. Manakala, untuk komponen kurang penting pula, stok simpanan sekurang-kurangnya tiga bulan disediakan.

Penganalisis sukar meramalkan kesan ketiadaan Huawei di dalam pasaran terhadap industri teknologi. Ada kemungkinan yang membolehkan sekatan-sekatan yang dikenakan terhadap Huawei pada ketika ini dilepaskan jika rundingan perdagangan antara A.S. mencapai persetujuan bersama.

Sumber berita diperoleh dari PhoneArena

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.