Utama Android vivo Vivo Y12A dilancarkan di Malaysia; Berharga RM 529

Vivo Y12A dilancarkan di Malaysia; Berharga RM 529

196
0

Vivo telah melancarkan telefon pintar kelas pemula terbarunya di pasaran Malaysia, Vivo Y12A. Ianya akan mula dijual di kedai fizikal dan kedai dalam taliannya di Lazada dan Shopee bermula dari hari ini.

Vivo Y12A menampilkan paparan LCD IPS 6.51-inci dengan sokongan HD+ dan beresolusi 1600 x 720 piksel. Di dalamnya mengandungi cipset Qualcomm Snapdragon 439 dengan RAM 3GB dan storan 32GB.

Baterinya pula berkapasiti 5,000mAh yang turut menyokong pengecasan berbalik 5V/1A yang membolehkannya mengecas peranti-peranti lain.

Telefon ini hanya menawarkan dwi-kamera di bahagian belakangnya walaupun ianya kelihatan seperti mempunyai tri-kamera. Garis bulat di bawah kameranya hanya logo yang dari jauh seperti kamera yang ketiga.

Dwi-kamera berkenaan mengandungi sensor utama 13MP dan sensor berkedalaman 2MP bagi menghasilkan kesan khas bokeh. Di hadapannya pula disediakan kamera swafoto dengan sensor 8MP yang ditempatkan pada takuk di tengah-tengah paparannya.

Selain itu, telefon pintar kelas pemula ini turut menawarkan fungsi penjimatan kuasa bateri dengan kecerdasan buatan. Serta pengimbas cap jari di sisinya, bicu audio 3.5mm, dan peningkatan prestasi Vivo Multi-Turbo 3.0 bagi penggunaan yang lebih lancar.

Vivo Y12A akan ditawarkan dalam dua pilihan warna, Phantom Black (Hitam fantom) dan Mint Green (Hijau Pudina) yang boleh didapati di pasaran bermula dari hari ini pada harga RM 529.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.