Hiruk-pikuk kesesakan Hentian Bas Sementara di Bukit Jalil petang tadi amat menyesakkan. Sesekali terdengar bunyi hon dari bas meminta kereta-kereta yang diletakkan di bahu jalan supaya dialihkan. Kehadiran ulat-ulat tiket menjual tiket di luar kaunter turut menambah kemeriahan hiruk pikuk petang Ahad di bulan Disember ini.
Seperti kebiasaan di Hentian Bas, aku disapa oleh seorang Ulat Tiket. Kali ini sang Ulat Tiket adalah seorang awek cun dengan body mantop habis tetapi sayang, mekapnya tebal 8 inci. Hampir menyamai tahap mekap penari Citrawarna.
Ulat Tiket Awek Cun Mekap Tahap Citrawarna : Bang, Bang! Nak pergi mana bang? JB? Ipoh?
Aku : Nak pergi jalan-jalan. Amacam? Nak ikut abang tak?
Ulat Tiket Awek Cun Mekap Tahap Citrawarna : (Mengacungkan jari tengah ke arah aku)
uisk…
kasi lempang kat pempuan tu plis
Isyh, tak baik laki lempang pompuan. Dayus nanti.
hikhikhik
he…ganas sungguh orang kita