Utama Teknologi Mesin Penapis Ayor

Mesin Penapis Ayor

859
7

Di rumah, aku sangat jarang menjerang air akibat kualiti air pili di rumah aku yang selalu berkeladak. Bukannya disebabkan tiada cerek atau pemalas mahupun aku ni jenis tak reti menjerang air ya.


Akibatnya, aku selalu mengambil air dari mesin penapis air di pekan Paloh. Aku bukan percaya pun dengan dakyah penjual penapis air yang mengatakan minum air dari penapis ni boleh jadi power, sihat dan kuat. Kalau nak sihat dan kuat, minum Milo sudeh.


Mesin air ni dia jual 20 sen untuk satu liter. Penuh dua suku botol air mineral besar.


Berbanding dengan air pili di rumah, rasa air penapis ni ok la sikit sebab takda rasa-rasa klorin akibat menjalani proses osmosis berbalik. Dulu masa aku duduk dekat Shah Alam pun air pili dia rasa macam gampang. Tak sedap langsung.


Jauh beza dengan air pili kat kampung aku dekat Batu Gajah.


Adakah rasa air pili berkait rapat dengan kedudukan geografinya?

Ayor sangat penting kepada manusia – hanalifexoxo.blogspot.com

7 KOMEN

  1. @Kie-yu
    Kering tekak satu hal, kurang minum ayor ni silap-silap leh membawak ke sembelit jadinya nanti kang.

    @- zuriey –
    Ini rumah saya sewa je. Tak berbaloi kalau taruk penapis. Buat sementara waktu ni saya pakai tapis teh je. Agak efektif.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.