UGreen telah memperkenalkan MagFlow Series baharu, barisan pengecas berwayar magnetik yang dibina berdasarkan piawaian pengecasan nirwayar Qi2 25W baharu. Ia serasi dengan peranti-peranti iPhone dan Android, terutamanya siri iPhone 16 dan model-model Pixel 10 baharu. Kesemua produk ini juga direka dengan magnet berkekuatan tinggi dan ciri-ciri keselamatan terbina dalam.

MagFlow 10000mAh 25W Power Bank

MagFlow Magnetic Power Bank 10,000mAh 25W dengan pengecasan pantas Qi2 25W mampu mengecas iPhone 16 Pro Max ke 50% dalam tempoh kira-kira 30 minit, menurut UGreen.

Kabel USB-C terbina dalamnya menyediakan membolehkan pengecasan pantas dua hala 30W dan boleh dijadikan sebagai ‘tether’. Teknologi UGreen SmartCharge yang digunakan mampu menyokong sehingga tiga peranti dicaskan secara serentak. Power bank ini juga menyediakan grip magnetik, paparan bateri masa-nyata, dan 13 lapisan perlindungan sebagai tambahan ciri keselamatan.

Untuk pengecasan dua peranti, MagFlow 2-in-1 Magnetic Wireless Charger 25W menyokong pengecasan iPhone bersama-sama AirPods. Reka bentuk boleh lipatnya dengan sokongan berbilang sudut direka untuk mod Apple StandBy. Ia menjadikannya praktikal untuk kegunaan di rumah mahupun ketika di dalam perjalanan.

Dalam pada masa yang sama, MagFlow 2-in-1 Magnetic Foldable Wireless Charger 25W menawarkan fungsi yang sama dengan rekaan menjimatkan ruang untuk ekosistem Apple.

MagFlow 3-in-1 Desktop Wireless Charger

Seterusnya, MagFlow 3-in-1 Magnetic Wireless Desktop Charger 25W menyediakan tapak dengan pemberat dan cagak boleh laras dengan sudut condong sehingga 70-darjah. Ia boleh mengecas iPhone, Apple Watch, dan AirPods, secara serentak. Peranti pengecasan untuk kegunaan di rumah dan pejabat ini juga mempunyai pengurusan termal termaju untuk memastikan prestasi yang stabil.

MagFlow 25W Charging Pad

Melengkapkan barisan produk baharu UGreen, MagFlow Magnetic Wireless Charging Pad 25W menyediakan pengalaman pengecasan minimalis melalui profilnya yang nipis. Pengecas yang membolehkan pengecasan peranti dengan hanya perlu meletakkan di padnya ini juga menyediakan sokongan piawaian Qi2 25W.

Kedua-dua MagFlow Magnetic Power Bank 10,000mAh 25W dan MagFlow 2-in-1 Magnetic Wireless Charger 25W dijual pada harga RM209. Manakala MagFlow 2-in-1 Magnetic Foldable Wireless Charger 25W berharga RM199. MagFlow 3-in-1 Magnetic Wireless Desktop Charger 25W dijual dengan harga RM499, dan MagFlow Magnetic Wireless Charging Pad 25W pada RM129.

Kesemua produk-produk ini boleh didapati menerusi kedai dalam talian rasmi UGreen di ShopeeLazada, and TikTok.

Tinggalkan komentar