Utama Mobile U Mobile perkenal pelan Giler Unlimited, data tanpa had bermula dari RM30...

U Mobile perkenal pelan Giler Unlimited, data tanpa had bermula dari RM30 sebulan

2671
0

U Mobile hari ini melancarkan dua pelan terbaru yang dinamakan sebagai Giler Unlimited. Sesuai dengan namanya, pelan ini menawarkan akses data tanpa had ke semua jenis aplikasi dan ianya sememang benar-benar tanpa had.

Boleh didapati dalam dua jenis pelan, Giler Unlimited menawarkan kadar serendah RM30 sebulan secara prabayar. Pelan ini turut menawarkan kuota 3GB data khusus untuk kegunaan sebagai hotspot.

Bagi pengguna yang inginkan lebih lagi, pelan Giler Unlimited GX50 menawarkan kuota data hotspot 5GB dengan panggilan tanpa had. Sebagai makluman, pelan GX50 ini merupakan pelan pascabayar.

Oleh kerana kedua-dua pelan ini menawarkan penggunaan data tanpa had, ianya hadir dengan sekatan kelajuan. Untuk GX50 dan GX30, kedua-dua dihadkan pada tahap kelajuan tertentu masing 5Mbps dan 3Mbps. Pihak U Mobile menyatakan pelan ini kini sudah sedia untuk digunakan oleh pengguna di seluruh negara.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.