Utama Mobile Tune Talk tawarkan Data Percuma 1GB dari 1 April hingga tamat tempoh...

Tune Talk tawarkan Data Percuma 1GB dari 1 April hingga tamat tempoh PKP

1178
0

Tune Talk sebelum ini mengumumkan kredit ekstra 20% apabila anda membuat isian semula sebelum 31 Mac. Kini, syarikat telekomunikasi berkenaan menawarkan data mudah alih percuma 1GB bermula dari 1 April. Tawaran terbaru ini selaras dengan inisiatif oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM).

Seperti tawaran syarikat-syarikat telekomunikasi mudah alih lain, anda boleh menggunakan data percuma 1GB ini dari jam 8 malam hingga 6 pagi setiap hari.

Data percuma ini ditawarkan 1GB setiap hari bermula dari 1 April ini sehingga Perintah Kawalan Pergerakan tamat, iaitu dijadualkan pada 14 April 2020.

Untuk mendapatkan data 1GB percuma ini, pengguna boleh mengaktifkannya melalui SMS. Pengaktifan ini hanya perlu dilakukan sekali sahaja dan tidak perlu melakukannya berulang kali pada setiap hari sehingga tempoh PKP tamat. Maklumat lanjut mengenai data percuma 1GB setiap hari ini untuk Tune Talk ini boleh dilayari di laman berikut.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.