Utama Mobile Aplikasi Touch ‘n Go akan hentikan Surcaj 10 peratus untuk Bayaran Parkir tidak...

Touch ‘n Go akan hentikan Surcaj 10 peratus untuk Bayaran Parkir tidak lama lagi

653
0

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Encik Chong Chieng Jen mendedahkan Touch ‘n Go (TnG) akan menghapuskan surcaj 10 peratus untuk bayaran parkir kenderaan secara berperingkat.

Perkara ini dimaklumkan sebagai menjawab soalan tambahan Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) yang bertanya mengapa caj 10 peratus dikenakan di kawasan parkir kenderaan oleh Touch ‘n Go.

Menurut Encik Chong Chieng Jen, kadar surcaj tersebut masih lagi dikenakan disebabkan oleh kontrak yang perlu dipatuhi di antara TnG dengan pengendali-pengendali kawasan parkir yang menyokong sistem pelbagai cara bayaran. Pemansuhan ini bakal dilaksanakan secara berperingkat meliputi pengendali sedia ada yang memperbaharui kontrak mahupun pengendali yang akan datang.

Beliau juga turut menjelaskan surcaj 10 peratus yang dikenakan sebelum ini bukannya ditetapkan oleh pengendali-pengendali kawasan parkir yang menggunakan perkhidmatan TnG sepenuhnya.

Bagaimanapun, surcaj 50 sen untuk setiap isian semula nilai kad TnG masih lagi dikekalkan. Cuma, untuk surcaj isian semula ini, ianya ditetapkan oleh pengendali atau premis jualan yang menyediakan perkhidmatan tambah nilai berkenaan, tambah beliau lagi.

Setakat ini sebanyak hanya 2,880 lokasi dari 11,168 lokasi tambah nilai TnG di seluruh negara yang tidak mengenakan caj 50 sen bagi setiap isian semula berkenaan.

Sumber berita dan imej diperoleh dari The Star

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.