TNG Digital baru-baru ini secara rasminya telah melancarkan program kesetiaan baharu GOrewards yang ditawarkan kepada pengguna TnG eWallet bermula dari 8 November 2023. Ia diperkenalkan bagi memberikan pengguna lebih nilai dalam perbelanjaan dengan membolehkan mata dikumpulkan pada setiap hari pada bila-bila masa.
Pengumpulan mata ganjaran tersebut melibatkan pelbagai jenis perbelanjaan merangkumi dari barangan keperluan harian, makanan, minuman, pembayaran bil, pembelian dalam talian, petrol, insurans dan sebagainya.
GOrewards merupakan program digital sepenuhnya di mana pengguna boleh mendapatkan 1 mata bagi setiap RM1 yang dibelanjakan menerusi TnG eWallet. Pembelian menerusi rakan kongsi strategik pula membolehkan pengguna berpeluang mendapatkan 6x mata ganjaran ketika tempoh promosi khas.
Bagaimanapun, TNG Digital menjelaskan bayaran tol dan parkir menggunakan PayDirect dan RFID buat masa ini tidak melayakkan untuk pengumpulan mata ganjaran.
Mata ganjaran yang dikumpulkan boleh ditebus ganjaran secara eksklusif menerusi eWallet berkenaan merangkumi e-baucar, kemasukan cabutan bertuah, Alipay+ Rewards, dan juga barangan fizikal. Tempoh sah laku mata ganjaran yang dikumpulkan adalah selama enam bulan dari masa ia didapatkan.
Program kesetiaan baharu ini boleh diakses dengan mengetik pada “GOrewards” yang ditempatkan di bawah bar navigasi paling atas di dalam aplikasi TnG eWallet. Dari situ, pengguna boleh menelusuri pelbagai ganjaran yang ditawarkan selain turut boleh menyemak baik, sejarah transaksi dan tempoh luput.
Bermula dari 6 November 2023, pengguna TnG eWallet boleh mendapatkan 6x mata bonus GOreward dari Kenny Rogers Roasters dan ZUS Coffee, 5x dari Baskbear dan Tealive, dan 2x dari 2x from 7-Eleven, BHP, CTOS, CelcomDigi, Taco Bell dan Watsons. Pihak TNG Digital juga menyatakan pengguna juga boleh mendapatkan 10x mata bonus apabila mendapatkan produk-produk insurans dari eWallet bermula dari 14 November 2023.
Maklumat lanjut, layari laman web rasmi TnG eWallet.