Utama Mobile Aplikasi Touch ‘n Go eWallet GOremit sediakan Fungsi Kiriman Wang ke 10 Negara

Touch ‘n Go eWallet GOremit sediakan Fungsi Kiriman Wang ke 10 Negara

388
0

Touch ‘n Go eWallet telah memperkenalkan fungsi GOremit, perkhidmatan pengurup wang digital di dalam platformnya. Fungsi ini membolehkan pengguna membuat kiriman wang ke 10 buat negara di sekitar Asia Tenggara dan Asia Selatan.

Pengguna dan peniaga boleh mengirimkan wang ke Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand, Vietnam, Bangladesh, India, Nepal, Pakistan, dan Sri Lanka. “Pengguna yang berhasrat untuk memindahkan wang dengan mudah kepada anak-anak yang belajar di luar negara atau memindahkan bagi pihak pembantu rumah juga boleh melakukannya menerusi GOremit,” ujar TNG Digital.

Untuk menggunakan GOremit, penghantar perlu melengkapkan pengesahan identiti melalui eKYC di dalam Touch ‘n Go eWallet. Fungsi ini menyediakan tiga kaedah pemindahan – akaun bank penerima, e-dompet tempatan, atau kutipan tunai di lokasi terpilih. Ketika pelancarannya, terdapat tiga aplikasi e-dompet yang disokongnya iaitu bKash di Bangladesh serta GCash dan PayMaya di Filipina.

Bergantung pada kaedah pemindahan yang dipilih, pihak syarikat menyatakan penerima akan menerima dana dalam tempoh 15 minit selepas dihantar. Untuk warganegara asing yang tinggal di Malaysia, anda boleh menggunakan Touch ‘n Go eWallet untuk menerima dana dari luar negara jika penghantar menggunakan Wise atau Panda Remit.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.