Utama Automotif Tesla secara rasminya dilancarkan di Malaysia Hari Ini; Bawakan SUV Tesla Model...

Tesla secara rasminya dilancarkan di Malaysia Hari Ini; Bawakan SUV Tesla Model Y

222
0

Tesla secara rasminya telah dilancarkan di pasaran Malaysia bersama-sama SUV berkuasa elektrik keluarannya, Model Y dan juga rangkaian pengecasan Tesla Supercharger.

Berbeza dengan negara jiran kita, Thailand dan Singapura, Tesla Malaysia hanya menawarkan Model Y sahaja. Berharga dari RM199,000, Model Y di Malaysia merupakan antara yang paling murah di Malaysia. Berikut adalah versi-versi Tesla Model Y yang terdapat di Malaysia:

  • Pacuan Roda Belakang (Rear Wheel Drive, RWD)– RM199,000
  • Pacuan Semua Roda Jarak Jauh (All-Wheel Drive (AWD) Long Range) – RM246,000
  • Pacuan Semua Roda Berprestasi (All-Wheel Drive Performance) – RM288,000

Tesla Malaysia juga mengesahkan ketika pelancarannya, harga yang disenaraikan tersebut termasuk dengan cukai jualan. Untuk pembiayaan, Tesla bekerjasama dengan Maybank, Ambank dan Liberty.

Model Y RWD standard boleh pergi sehingga 430 km/j dengan masa pecutan dari 0-100km/j pada 6.9 saat dan kelajuan tertingginya 217km/j. Jika anda inginkan pemnaduan yang lebih jauh dengan sekali cas, Model Y AWD Jarak Jauh boleh sampai sehingga 533km/j dengan masa pecutan dari 0-100km/j pada 5.0 saat.

Untuk prestasi terbaik, Model Y AWD Berprestasi boleh memecut dari 0-100km/j dalam tempoh 3.7 saat dan mempunyai kelajuan tertinggi 250km/j. Selain output kuasanya yang lebih besar, jaraknya juga sedikit jauh dari versi Jarak Jauh iaitu 514km.

Tesla Malaysia juga telah menerima tempahan untuk Model Y sejak dari minggu lepas dan kereta berkenaan dijangka sedia untuk penghantaran seawal 2024. Anda boleh membuat tempahan dengan bayaran tanpa pulangan RM1,000 menerusi laman web rasmi Tesla.

Pilihan Warna Tesla Model Y

Selain dari pilihan warna Pearl White, warna-warna lain perlukan penambahan kos sebanyak RM5,000 bagi Solid Black, Midnight Silver Metallic dan Deep Blue. Untuk pilihan warna Red pula harga yang perlu ditambah sebanyak RM10,000.

Turut disediakan pilihan untuk menaiktaraf dari tayar Gemini 19″ kepada tayar induksi 20″ pada harga RM10,000. Anda juga boleh mengubah tempat duduk dari Hitam kepada Putih pada harga RM50,000. Untuk versi Prestasi (Performance), ia mempunyai tayar 21″ sebagai standardnya.

Naik taraf teknologi “auto-pilot”, Enhanced Auto Pilot perlu penambahan bayaran sebanyak RM16,000 manakala Full Self-Driving Capability (termasuk Basic dan Enhanced) pula berharga RM32,000.

Buat masa ini, kenderaan elektrik yang diimport sepenuhnya ini menerima pengecualian cukai, duti eksais dan lesen kenderaan memandu (LKM atau cukai jalan) sehingga penghujung 2025.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.