Home Mobile Aplikasi Tentera A.S. dilaporkan beli Data 98 Juta Pengguna aplikasi Muslim Pro

Tentera A.S. dilaporkan beli Data 98 Juta Pengguna aplikasi Muslim Pro

9
0

Aplikasi Quran dan waktu solat, Muslim Pro dilaporkan menjual data peribadi 98 juta penggunanya ke pelbagai pihak termasuk tentera A.S., lapor portal milik Vice, Motherboard.

Tentera A.S telah memperoleh data lokasi jutaan umat Islam di seluruh dunia yang menggunakan aplikasi berkenaan. Portal teknologi berkenaan melaporkan pada Isnin lalu bahawa tentera A.S. menggunakan dua kaedah berbeza untuk mendapatkan data lokasi pengguna. Salah satu kaedah berkenaan turut melibatkan penggunaan sebuah produk yang dikenali sebagai Locate X.

Menurut Motherboard, US Special Operations Command (USSOCOM), salah satu unit ketenteraan yang menguruskan pencegahan keganasan, insurgensi dan tinjauan khas, telah membeli akses Locate X bagi membantu operasi pasukan khasnya di luar negara.

Kaedah kedua yang digunapakai melibatkan perolehan data melalui sebuah syarikat yang dikenali sebagai X-Mode. Melaluinya, data lokasi diperoleh secara terus dari aplikasi dan kemudian dijual kepada pembekal, terutamanya tentera A.S.

Aplikasi Muslim Pro setakat ini telah dimuat turun lebih dari 50 juta kali di peranti Android oleh penggunanya di seluruh dunia. Jumlah ini merangkumi keseluruhan penggunanya seramai 95 juta di dalam pelbagai platform termasuk iOS.

X-Mode menjual data lokasi dari telefon-telefon pengguna Amerika Syarikat

Dalam perkembangan yang berkaitan, sebuah lagi aplikasi yang didapati menjual data pengguna kepada X-Mode adalah Muslim Mingle, sebuah aplikasi temujanji percintaan yang telah dimuat turun lebih dari 100,000 kali.

Menurut Motherboard lagi, kebanyakan pengguna aplikasi yang dijual datanya merupakan dari penganut agama Islam. Senator Ron Wyden turut memaklumkan kepada Motherboard mengenai X-Mode menjual data lokasi yang dikumpulkan dari telefon-telefon di A.S. kepada tentera A.S.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.