Utama Teknologi Permainan Tencent gigih beli Pegangan Saham Majoriti Syarikat-Syarikat Permainan Video di Seluruh Dunia

Tencent gigih beli Pegangan Saham Majoriti Syarikat-Syarikat Permainan Video di Seluruh Dunia

527
0
Tencent Games Logo

Gergasi permainan berkomputer dari China, Tencent kini dalam usaha mengatasi masalah kelembapan pasaran di negara asalnya berikutan penguatkuasaan melibatkan permainan yang lebih ketat. Antara usaha yang dilakukannya termasuklah strategi pemilikan syarikat-syarikat permainan berkomputer di seluruh dunia.

Menurut Reuters, konglomerat ini kini dilaporkan sedang “mencari dengan agresif” untuk memiliki saham majoriti atau yang boleh dikawal syarikat-syarikat permainan video di seluruh dunia. Selama ini Tencent hanya sekadar melabur di dalam saham-saham kecil dan hanya sekadar pelabur kewangan pasif.

Tencent buat masa ini sudah pun menjadi syarikat permainan video terbesar dunia berdasarkan pendapatannya. Ia kini membuat pelaburan di lebih dari 800 buah syarikat termasuk 40% pegangan di dalam Epic Games. Selain itu, pegangan sahamnya juga turut berada di Activision Blizzard, Ubisoft, Krafton, PlatinumGames, FromSoftware dan Marvelous Inc.

Setakat ini Tencent telah membuat pemerolehan syarikat-syarikat seperti Funcom, Riot Games, Sumo, Turtle Rock, Digital Extremes dan Splash Damage. Laporan dari Reuters juga menyebut syarikat-syarikat permainan berkomputer dari Eropah menjadi sasaran utama strategi ini.

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.