Utama Mobile Android Telefon Pintar Boleh-Lipat Samsung Galaxy Fold diperkenalkan secara rasminya

Telefon Pintar Boleh-Lipat Samsung Galaxy Fold diperkenalkan secara rasminya

765
0

Acara Samsung Unpacked yang dijadualkan berlangsung pada hari ini telah dimulakan dengan pengumuman kehadiran telefon pintar boleh-lipat, Samsung Galaxy Fold.

Telefon pintar ini menyediakan dwi-fungsi iaitu dalam bentuk telefon pintar apabila dilipat dan tablet apabila ianya dibuka. Apabila dilipat, Samsung Galaxy Fold menjadi sebuah peranti yang mempunyai paparan berskrin 4.6-inci dan apabila ianya dibuka pula, ianya menjadi sebuah tablet dengan ukuran skrin 7.3-inci.

Melalui saiz skrin berukuran 7.3-inci apabila ianya berada di dalam mod tablet, telefon pintar ini membenarkan pengguna untuk membuka tiga aplikasi secara serentak bagi membolehkan pengguna melakukan kerja-kerja berbilang tugasan.

Pihak Samsung memaklumkan bahawa peranti ini hadir dengan kapasiti memori sehingga 12GB RAM dan storan berasaskan UFS 3.0 sehingga 512GB. Turut dimaklumkan bahawa peranti ini dilengkapi dengan cip pemprosesan yang dibina melalui proses pembuatan 7nm. Walaubagaimanapun, Samsung tidak menyatakan jenis model cipset apa yang digunakan pada Samsung Galaxy Fold berkenaan.

Tidak ketinggalan, peranti ini turut menyertakan fungsi kameranya. Ia menyertakan kamera utama dengan tetapan tri-kamera dan kamera swafoto dengan tetapan dwi-kamera. Melengkapkan peranti ini, terdapat satu kamera Single Cover yang disediakan bagi membolehkan pengguna merakam gambar dalam pelbagai mod.

Samsung Galaxy Fold dijadualkan akan mula dijual di pasaran Amerika Syarikat bulan April ini dengan harga jualan USD1980 (bersamaan lebih kurang RM8051)

Sumber berita diperoleh dari CNET

 

Tinggalkan komentar

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.